Friday, May 6, 2011

tett ! aku tipu korang .. aku kata next entry aku akan post tentang aku dan dia . tapi apa ? haprakkk .. takdak apa pun . haha .. dan itu juga membawa maksud bahawasanya aku BELUM dapat dia ..

  duduk sorang2 kat rumah ni , mcm tak da kehidupan , aku rasa macam penganggur pulak .. xdak kerja , maklumla still student kan ? 
 student ? kerja student ialah buat homewrok kan ?
 oh tidak ~ itu maknanya aku alpa pada homework aku ..
 aku juga lupa pada exam yang sedang menunggu pada minggu depan . pergh ~ 

 takpe kan ? ckgu ckp belajar ada banyak cara .. jadi aku cuba selitkan unsur2 pembelajaran sikit ari ni  
 ek ? 

nak cerita apa ek ? blur dh ni ..

2 3 ari ni , tidurku sering diulit mimpi aneh .. ecece .. ayat main woookk ..
betul , x tipu . mimpi yang pelik2 .. macam ari tu , aku mimpi dengan usia aku yg 16 tahun ni , aku dengan sorang lagi kawan aku dijadikan guru sandaran yang tak bertauliah di salah sebuah di sarawak yang aku langsung tak tahu nama tempatnya . 

 dijadikan cerita , ari tu , sekolah tu ada satu majlis , aku dudok dengan kawan aku . sebelah aku pulak ada mamat hensem .. usia dia lingkungan 20++ la ..dahla hensem , dengan memakai baju yang menampakkan abs nya itu , aku terkelu pulak kat sebelah dia .. hahaha 

 entah kenape , tetibe je ada orang tusuk lelaki tu , teruk jugak dia masa tu , lelaki ini , misteri , ya ! misteri . entah dia tu anak boss ke ape . tapi yg pasti dia diusung ke satu tempat , then luka dia dijahit .. yang best sangat , lelaki tu balik tempat asal dia , org lain tak sedar lagi ada org kena tusuk waktu tu , kire belum kecoh lagi aa .. 

 tetibe je , die peluk aku , dia cakap aku dalam bahaya , then aku terpegang luka dia tadi , sekaligus abs dia ! ohmygod ! idaman gadis .. tidak terlalu menonjol dengan lagaknya yang bersahaja . waktu tu la , dia bawak aku masuk kereta sport dia dan kitaorg terus memecut , ! fuhhhhh !

Thursday, May 5, 2011

rindu tak kesampaian ! =(

lama btol x update .. bz .. hurh ~ letih dan bosan .. hanya itu yg mampu menggambarkan diriku sekarang .. RINDU ? sememangnya .. pada SIAPA ? ya , pada dia ..

  mungkin ini yang dikatakan realiti hidup .. ya ! pada usia aku yg masih begitu mentah , masih banyak asam garam kehidupan yang perlu aku pelajari , walaupyn abah sering menceritakan pengalaman nya untuk mengajar aku erti kehidupan , aku tetap tak puas selagi aku sendiri tak jalani sendiri liku-liku kehidupan .

  kehidupan yang sudah ku duga bukanlanh senang , namun tak ku sangka sebegini sukarnya hidup sebagai hamba Allah . aku pasrah . segala cerita muda aku lalui begitu sahaja . sesekali aku cuba melakar keindahan yang hanya mampu diperoleh di usia remaja . berseronok dengan cara yang baik . namun , kehidupan ku agak mendatar . tiada apa yang menarik jika dilihat dari luar . dalam HATI siapa yang tahu ?

  ya ! hatiku gundah , resah dan berkecamuk . setahu aku , usia ku yang baru mencecah 16 tahun ini , aku sememangnya tak layak untuk berbicara soal cinta atau hati . kehidupan yang dikelilingi oleh orang dewsa serta dunia remaja memaksa aku untuk mendalami erti sebenar cinta .

  beraneka cerita telah ku dengar . banyak jugalah pengalaman aku . apa yang pasti , aku terlalu rindukan dia , hampir 5 bulan aku tidak melihat kelibatnya . mungkin keadaan tidak mengizinkan aku bersamanya ? atau mungkinkah dia mempunyai cerita nya sendiri ? yang masih aku tak tahu ?

  luluh benar rasa hati setiap kali berbicara tentangnya . panas benar rasanya kelopak mataku . sudah ku duga , air mata ku akan jatuh lagi . jatuh setiap kali ingatan aku jatuh kepadanya , semakin laju pula air mata ku jatuh saat pandangan jatuh padanya , saat mata bertaut . hati siapa yang tak terusik bila melihat lelaki idaman duduk tidak jauh dari kita , sedag membasahi lidahnya dengan nama-nama allah . terkumat kamit mulutnya memanjatkan doa .

  takkan ku lupa hari yang sungguh istimewa itu . walaupun dia tidak pernah mengenali aku secara mendalam . mungkin dia ingat lupa ingat lupa padaku . semua itu ku terima dengan hati yang tidak ikhlas ! ya tidak ikhlas sama sekali . hampir saja aku lemparkan senyuman aku yang masih tidak dapat menandingi kemanisan senyuman nya .keredupan matanya ! terasa bagaikan di awangan setiap kali dia ligat bermain di mindaku .

  mungkin salah aku juga kerana tidak pernah cuba untuk mendekatinya ? insyaallah , cuti semestar nanti , ingatkan nak jenguk dia . ingatkah dia pada aku ? pantaskah aku menjenguknya ? atau tidak sakitkah hatiku kiranya lain yang ingin ku sapa ,lain pula datangnya . jika benarpun dia telah menjadi milik org , biarlah , aku tahu , usianya masih muda , masih banyak peluang yang dapat ku rebut . =) .19 dengan 16 tak jauh beza kan ? my dear , wait for me ya ?

 britney spears betul ! "i must confess , my loneliness is killing me now !" dalam lagu baby hit me one more time !

just wait for another entry , aku akan try babe ! AKAN ! hehehe :)))